Unit Amalan Kaunselor
LATAR BELAKANG, VISI, MISI DAN OBJEKTIF
UNIT AMALAN KAUNSELOR
UNIT AMALAN KAUNSELOR
VISI
Menjadikan perkhidmatan kaunseling sebagai penjana potensi modal insan ke arah pembentukan masyarakat Malaysia yang maju.
MISI
- Menggubal dasar perkhidmatan kaunseling selaras dengan kehendak semasa;
- Mengawal selia tahap perkhidmatan kaunseling selaras dengan dasar dan peraturan-peraturan sedia ada;
- Menasihati kerajaan berhubung peranan perkhidmatan kaunseling yang berkualiti;
OBJEKTIF
Memartabatkan kaunselor dan profesion kaunseling dengan memastikan:
- Perkhidmatan kaunseling mempunyai tahap piawaian selaras dengan keperluan negara; dan
- Penggubalan dasar-dasar yang dibuat selaras dengan peraturan, Kod Etika dan Undang-undang.
FUNGSI
1. Pentadbiran
- Menyelaras program / aktiviti berkaitan majlis penasihat kaunselor.
- Melantik ahli majlis penasihat kaunselor Malaysia
- Melantik ahli lembaga kaunselor Malaysia
- Urusetia kepada Mesyuarat Majlis Penasihat Kaunselor Malaysia.
- Pelaksanaan program perkembangan kaunselor KPWKM dan agensi dibawahnya.
- Sebagai urusetia kepada Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Perkhidmatan Kaunseling KPWKM dan Agensi.
- Sebagai sekretariat utama sambutan Bulan Kaunseling Kebangsaan
- Mengurusetiakan Lembaga Kaunselor
- Menyelaras dasar – dasar baru berkaitan kaunseling yang ditetapkan oleh Lembaga Kaunselor untuk diangkat kepada Kementerian.
- Menyelaras pewartaan Kaunselor Berdaftar
- Menyelaras pindaan Akta (jika perlu) dan menggubal peraturan – peraturan dibawah Akta Kaunselor 1998 (Akta 580)