Bahagian Khidmat Pengurusan
FUNGSI-FUNGSI UTAMA
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN
UNIT PENTADBIRAN, KESELAMATAN DAN LOGISTIK
- Menyemak dan mengesahkan bil-bil surat khabar,kontrak makanan, sewaan mesin fotostat, bunga di Kementerian
 - Menguruskan penyusunan Jadual pergerakan pemandu (buku log dll)
 - Urusan Kad Touch N Go dan Kad Inden Minyak
 - Menguruskan kenderaan SPANCO (penyelenggaraan dan insiden kemalangan)
 - Menguruskan kenderaan rasmi yang terlibat dalam kemalangan
 - Menguruskan makan minum, mesyuarat, jamuan di Kementerian
 - Menguruskan hal-hal pentadbiran BKP ( Cuti,HRMIS, pencalonan kursus, kebersihan, keceriaan dan susun atur pejabat BKP, urus setia semua mesyuarat dalaman BKP)
 - Mengadakan sesi pemeriksaan kesihatan dan ujian dadah terutama bagi kumpulan sokongan
 - Menguruskan kelulusan pelan susun atur Kementerian/Jabatan/agensi
 - Menguruskan sistem keselamatan dan keperluan kemudahan bangunan KPWKM (parking, kad akses, fire drill)
 - Menyelaras dan menguruskan Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Jabatan
 - Menguruskan pelantikan Pegawai Pengelas (Fail)
 - Menguruskan pelantikan Pegawai keselamatan Jabatan (PKJ) dan Penolong Pegawai Keselamatan (PPKJ)
 - Menguruskan perlanjutan kontrak penyewaan ruang pejabat kementerian/Jabatan/ Agensi
 - Menguruskan penyediaan / pelanjutan semua kontrak bekalan/perkhidmatan di KPWKM
 - Menyelia dan memantau kerja-kerja penyelenggaraan dan kebersihan bangunan KPWKM bagi kontraktor yang telah dilantik
 - Mengurus dan memantau semua ruang guna sama di bangunan KPWKM
 
UNIT PENGURUSAN ASET
- Menguruskan penerimaan, pendaftaran, penggunaan, penyimpanan dan pemeriksaan aset alih kerajaan
 - Penyelenggaraan pencegahan dan pemulihan aset alih kerajaan
 - Menguruskan pelupusan, kehilangan dan hapus kira aset kerajaan
 - Urus setia Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan (JKPAK)
 - Menyedia, menyemak dan mengemukakan Laporan JKPAK kepada Kementerian Kewangan
 - Menyelaras pelaporan aset dan inventori kepada Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun (JPKA)
 - Menyelenggara kenderaan yang dibeli oleh Kementerian
 - Menguruskan penerimaan, pendaftaran, penggunaan, penyimpanan dan pemeriksaan inventori/stor Kementerian
 - Menyelaras dan memantau pegawai aset di Bahagian-bahagian dalam pengurusan pemeriksaan aset di Kementerian
 - Menguruskan perolehan semua harta modal dan inventori
 - Memastikan pengemaskinian semua borang-borang dalam tatacara pengurusan aset alih kerajaan dan stor/inventori
 
UNIT INOVASI, PENYELARASAN DAN KEURUSETIAAN
- Menyelaras mesyuarat-mesyuarat berkaitan inovasi, kualiti dan produktiviti KPWKM
 - Menyelaras dalam pengurusan peningkatan kualiti dan produktiviti KPWKM secara keseluruhan (TQM)
 - Menguruskan sambutan Hari Inovasi, pertandingan dan Anugerah sempena Hari Inovasi, Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) dan pertandingan Anugerah Inovasi anjuran agensi-agensi luar
 - Pelaksanaan MS ISO 9001/2015
 - Menyelaras penilaian System Star Rating (SSR) KPWKM
 - Jawatankuasa Kecil Logistik kepada Majlis/Sambutan anjuran Kementerian
 - Menguruskan dan menyelaras semua program dan sambutan peringkat Kebangsaan untuk KPWKM
 - Menyelaras sebarang lawatan atau kunjungan daripada orang awam dan pihak luar ke KPWKM
 - Urus setia Mesyuarat Pengurusan Tertinggi
 
UNIT PARLIMEN
- Mengedarkan dan menguruskan jadual takwim dan jadual persidangan Parlimen kepada Kementerian/Jabatan/Agensi
 - Menguruskan jadual pegawai bertugas parlimen
 - Menyelaras, mendapatkan pertanyaan Parlimen, soalan tambahan dan menyelaras penyediaan draf jawapan parlimen di peringkat KPWKM
 - Memantau persidangan dewan
 
SEKSYEN PENGURUSAN REKOD
- Mengurus dan memastikan pengurusan rekod dilaksanakan secara sistematik dan sempurna di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
 - Menguruskan penerimaan dan penghantaran surat-menyurat.
 - Memastikan pelupusan rekod KPWKM dilaksanakan di KPWKM secara berkala bagi memastikan kecekapan pengurusan rekod.
 - Memastikan pelantikan Pegawai Rekod Jabatan dan Pembantu Tadbir Rekod Jabatan di Bahagian-bahagian KPWKM
 - Memberi khidmat nasihat kepada Jabatan/ Agensi di bawah kementerian berkenaan pengurusan rekod meliputi peringkat pewujudan, penggunaan, pemeliharaan dan pelupusan rekod.
 
UNIT PUSAT SUMBER
- Mengurus penyampaian perkhidmatan kaunter Perpustakaan KPWKM.
 - Menggalakkan dan meningkat budaya membaca serta pembelajaran sepanjang hayat melalui Program Galakan Membaca.
 - Mengurus dan melaksanakan Perkhidmatan Kesedaran Semasa untuk pengetahuan pengguna.
 - Memantapkan dan membangunkan koleksi sumber maklumat berkaitan dengan wanita, keluarga, kanak-kanak, orang papa, warga emas dan orang kurang upaya (OKU).
 - Memantapkan koleksi penerbitan Kementerian dan agensi-agensi di bawah Kementerian.
 - Mengurus dan mengendalikan pendokumentasian koleksi bahan bercetak (buku, jurnal, majalah, laporan dan lain-lain) dan tidak bercetak (CD).