mySMS
![]() |
Gerbang SMS Kerajaan (mySMS 15888) telah dilancarkan oleh YBhg. Ketua Setiausaha Negara pada 31 Julai 2008 bersempena Persidangan Ketua Pegawai Maklumat(Chief information Officer - CIO) Sektor Awam 2008. mySMS 15888 telah dibangunkan sebagai platform bagi agensi-agensi Kerajaan menyampaikan perkhidmatan menerusi saluran Sistem Pesanan Ringkas (SMS) menggunakan satu nombor iaitu 15888. Perhidmatan yang disediakan menjanjikan perkhidmatan yang cepat, tepat dan selamat kepada pelanggan. Pelaksanaan mySMS 15888 merupakan salah satu usaha penambahbaikan bagi meningkat sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan kepada pelanggannya. Faedah-faedah yang boleh diperoleh melalui penggunaan mySMS 15888 ialah :
a) Perkhidmatan SMS KPWKM:
i) Kemudahan untuk mendapatkan alamat rasmi KPWKM, sila taipkan :
KPWKM ALAMAT & SMS ke 15888 ii) Kemudahan untuk mengemukakan aduan KPWKM, sila taipkan : KPWKM [Aduan Anda] & SMS ke 15888 b) Gerbang MySMS Malaysia :
Sila klik disini untuk melayari laman web, Gerbang SMS Kerajaan Malaysia. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 3 Tahun 2008 bertajuk "Panduan Menambahbaik Sistem Penyampaian Perkhidmatan Kerajaan Menerusi Perkhidmatan Pesanan Ringkas (SMS)", sila klik di sini. |
