redfont bluefont greenfont blackfont bg-normal bg-grey bg-orange
 
A+ A A- english English
 
Banner LKM
  • Utama
  • Perihal Lembaga
    • Perutusan Presiden
    • Latar Belakang
    • Visi dan Misi
    • Anggota Lembaga
    • Ahli Jawatankuasa
    • Fungsi Lembaga Kaunselor
    • Carta Organisasi
    • Piagam Pelanggan
  • Penerbitan
    • e-Jurnal
    • Laporan
    • Akta / Peraturan dan Garis Panduan
    • Borang - Borang
    • Buku Untuk Dijual
  • Galeri
  • Direktori
    • Lembaga Kaunselor (Anggota)
    • Pengurusan Lembaga Kaunselor
    • Kaunselor Berdaftar
  • Pengumuman
    • Hebahan
    • Garis Panduan Perkhidmatan Kaunseling Keluarga dan Perkahwinan
  • Perkembangan Profesional
    • Buku Panduan Program Perkembangan Profesional Berterusan Kaunselor Berdaftar
    • Laman Rasmi Program Perkembangan Profesional Berterusan Kaunselor Berdaftar
    • Jadual Pengumpulan Mata Program Perkembangan Profesional Berterusan Kaunselor Berdaftar ( CPD )
    • Borang Permohonan
    • Pembekal Latihan Yang Diperakukan
    • Permohonan Perakuan Program Yang Diperakukan
    • Panduan Pengguna Sistem CPD Kaunselor Berdaftar
    Utama  »  Pengumuman  »  Hebahan
  • Hebahan
  • Garis Panduan Perkhidmatan Kaunseling Keluarga dan Perkahwinan
Hebahan
WAJIB PAPAR LESEN PROFESIONAL KAUNSELOR BERDAFTAR WAJIB PAPARKAN LESEN KAUNSELOR BERDAFTAR!

Lembaga Kaunselor Malaysia mengingatkan bahawa semua kaunselor berdaftar perlu memaparkan nombor lesen profesional K.B.; P.A. dalam semua bentuk promosi, termasuk di media sosial.


Ini adalah untuk:
1. Menjaga integriti profesion kaunseling
2. Melindungi kepentingan & keselamatan klien.

Pastikan anda mematuhi peraturan ini!
Ada persoalan?
Hubungi kami di: Email: lembaga.kaunselor@gmail.com | Telefon: 03-82232523


 
PENDAFTARAN KAUNSELOR BERDAFTAR PENDAFTARAN KAUNSELOR BERDAFTAR

PERINGATAN: SISTEM ATAS TALIAN LEMBAGA KAUNSELOR TELAH DITANGGUH SEMENTARA WAKTU SEHINGGA DIBERITAHU KELAK

Untuk Permohonan Pendaftaran Kaunselor/Perakuan Amalan/Pembaharuan Perakuan Amalan, sila muat turun borang permohonan dan pembayaran boleh melalui transfer online/cash deposit ke akaun LEMBAGA KAUNSELOR 8000273435 (CIMB Bank).

Sila tekan link dibawah untuk muat naik borang-borang Permohonan Pendaftaran Kaunselor Berdaftar:
https://drive.google.com/drive/folders/1Q5UXbgOb59ofRPbXsnPU0IWHbsPT9clJ?usp=sharing




 
PEMBAHARUAN PERAKUAN AMALAN DWITAHUNAN Pembaharuan Perakuan Amalan Dwitahunan



Adalah dimaklumkan bahawa urusan Pembaharuan Perakuan Amalan Dwitahunan kaunselor berdaftar boleh dilaksanakan melalui dengan langkah seperti berikut:

Langkah 1
           Mengemaskini maklumat mata CPD (20 mata) dan maklumat WARIS di sistem Perkembangan Profesional Berterusan (CPD) Kaunselor Berdaftar. Bagi kaunselor yang 60 tahun dan ke atas dikecualikan mata CPD.
Langkah 2
           Kemukakan maklumat berikut melalui GOOGLE FORM:
  • http://shorturl.at/apGdr
Bayaran pembaharuan adalah RM200.00, sekiranya tuan/puan lewat memperbaharui 30 hari daripada tarikh tamat lesen akan dikenakan fi sebanyak RM100.00.

Bayaran boleh dibuat kepada Lembaga Kaunselor (Bank CIMB- 8000273435)
  • BERMULA 1 JULAI 2024 SIJIL DIPOSKAN MENGGUNAKAN POSLAJU
  • Bayaran Poslaju bagi Semenanjung Malaysia RM10.00.
  • Bagi Negeri Sabah dan Sarawak disyorkan menggunakan Poslaju dan bayaran bagi Poslaju adalah RM14.00.
  • Boleh dapatkan No. Tracking Pos Laju.
  • Beri maklumbalas penerimaan setelah dokumen sijil diterima.

Langkah 3

BERMULA 01 JULAI 2024
PENDIGITALAN KAD PENGENALAN KAUNSELOR BERDAFTAR (menggunakan cetakan kad NFC Touch 'N Go)

SILA ISIKAN PADA GOOGLE FORM DAN LAMPIRKAN GAMBAR PASSPORT BERLATAR BELAKANG PUTIH UNTUK CETAKAN KAD:

http://shorturl.at/euLwx

Bayaran Kad Kaunselor Berdaftar berjumlah RM50.00.
Kad akan dilancarkan bulan Kaunseling Kebangsaaan pada Oktober 2024.

KESELURUHAN BAYARAN adalah
BAYARAN PEMBAHARUAN + BAYARAN FI LEWAT (Jika berkenaan) + BAYARAN KAD PENGENALAN KBPA + BAYARAN POSLAJU

Kerjasama dan komitmen YBhg.Dato'/Datin/Prof/Dr/Tuan/Puan amatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih

Urus Setia
Unit Amalan dan Perakuan CPD
Lembaga Kaunselor (Malaysia)

Puan Noor Haslin: 03-83232527/013-9089592
Encik Johari: 03-83231717 / 011-25521921


Email: haslin.lkm@kpwkm.gov.my / johari.lkm@kpwkm.gov.my
PERATURAN-PERATURAN KAUNSELOR (FI) 2017 PERATURAN-PERATURAN KAUNSELOR (FI) 2017
  • Dapatkan maklumat mengenai peraturan-peraturan kaunselor (Fi) 2017.
  • Tekan Klik untuk maklumat lanjut
SUMBANGAN TABUNG EHSAN WARIS KAUNSELOR BERDAFTAR  
PENGUMUMAN
SUMBANGAN TABUNG EHSAN WARIS KAUNSELOR BERDAFTAR
 
Berkuatkuasa mulai 1 Oktober 2018, Lembaga Kaunselor telah mewujudkan satu Tabung Ehsan Waris Kaunselor Berdaftar yang telah dilancarkan oleh YAB Dato’ Seri Dr Wan Azizah binti Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri, merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
 
Sekiranya berlaku kematian kaunselor berdaftar, waris diminta memaklumkan kepada Lembaga Kaunselor supaya sumbangan dapat disalurkan kepada waris mengikut syarat yang telah ditetapkan.
 
Borang Pemakluman bagi Sumbangan Tabung Ehsan Waris Kaunselor Berdaftar boleh di muat turun di Portal Lembaga Kaunselor dan waris perlu menyerahkan borang tersebut kepada Urus Setia Lembaga Kaunselor seperti alamat yang tertera di bawah atau emel ke lembaga.kaunselor@gmail.com.  Sekira ada pertanyaan sila hubungi Urus Setia Lembaga Kaunselor di talian 03-83232522/2524/2527.  
 
Lembaga Kaunselor
No:55, Aras 19,
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100, PUTRAJAYA
 
 
28 Disember 2018

Tekan Klik untuk muat turun borang
 
  • Polisi Privasi
  • |
  • Polisi Keselamatan
  • |
  • Peta Laman
  • |
  • Hubungi Kami

Lembaga Kaunselor Malaysia tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Sesuai dipapar menggunakan Mozilla Firefox 3.5.8 dan Google Chrome dengan resolusi 1280 x 720. Sebarang masalah tentang laman web sila emel kepada webmaster@kpwkm.gov.my

2
,
1
6
2
,
0
2
3

Hakcipta © 2016 Lembaga Kaunselor Malaysia