redfont bluefont greenfont blackfont bg-normal bg-grey bg-orange A+ A A- english English
AlbumMajlis Perasmian Persidangan Kaunseling Sedunia 2025 (WCC2025)
Tarikh25/02/2025
Deskripsi25 Februari 2025

Kaunselor pada masa kini berdepan dengan cabaran sosial, psikologi dan teknologi selaras dengan faktor globalisasi dalam pelbagai konteks, kepercayaan dan nilai budaya serta keperluan untuk mempunyai pengetahuan tentang kaedah terapeutik tradisional dan dalam masa yang sama tangkas dan responsif terhadap perubahan sosial, psikologi dan teknologi yang berlaku.

Justeru, KPWKM melalui Lembaga Kaunselor Malaysai (LKM) telah menganjurkan Persidangan Kaunseling Sedunia 2025 (WCC2025) yang pertama kali diadakan bagi menghimpunkan pengamal profesional kaunseling, pendidik, penyelidik dan pelajar untuk membincangkan isu, perkembangan dan penyelidikan terkini dalam bidang kaunseling.

YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat hari ini telah merasmikan persidangan tersebut yang berlangsung di Fakulti Pendidikan, Universiti Putra Malaysia. Seramai 401 peserta telah menyertai persidangan ini secara fizikal dan juga dalam talian dengan penyertaan delegasi dari Singapura, Indonesia, Brunei, Filipina, Arab Saudi, Amerika Syarikat, Maldives, United Kingdom, Hong Kong dan China.

Turut hadir YBhg Datuk Dr. Maziah binti Che Yusoff, Ketua Setiausaha KPWKM, YBhg Dato’ Prof. Dr Ahmad Farhan Mohd Sadulla, Naib Canselor, Universiti Putra Malaysia, YBhg. Professor Dr. Othman Dato Haji Mohamed, Presiden Lembaga Kaunselor Malaysia, YBhg. Professor Dr. Ahmad Izanee bin Awang, Vice President Open University Malaysia dan para pensyarah, pelajar dan pegawai-pegawai kanan Kementerian, Jabatan dan Agensi.